SPORT STORIES : SUKAN SEA KL2017 - Bolasepak Malaysia

Aku memg peminat setia Harimau Malaya, Pasukan Kedah dan Perlis. Sebab ap? Mak aku asal  orang Perlis Abah aku  asal orang Kedah.

 Logo Rasmi Sukan Sea KL2017

Malaysia diundi berada dalam Kumpulan A

Now Kita crita pasal sukan Sea KL 2017 yang sangat dramatik skali. First aku tengok Malaysia lawan Brunei stadium still half-half maksud aku bilangan penyokong lah. Tapi alhamdulilah Malaysia dapat menewakan Brunei Darussalam dengan 2 - 1.


Selepas itu, Episod kedua bermula pulak apabila Malaysia bertemu dengan pasukan Singapura. Bukan calang-calang lawannya  juga tau. Disini barulah aku tengok penyokong Harimau Malaysia/Malaya especially geng-geng Ultras Malaya dah mula memenuhi stadium Shah Alam . Aku tengok bolasepak pun tumpang bersemangat kat TV macam depa jugak. Alhamdulilah akhirnya Malaysia menang dengan 2 - 1 dengan pasukan Singapura.

Seterusnya pergi ke episod ke 3 pulak apabila perlawanan sengit berlaku untuk mengutip mata ke slot separuh Akhir dan menjadi Juara Kumpulan A. Kali nie penyokong Malaysia semakin lama semakin bertambah ... Alhamdulilah dah rasa dok  zaman2 Mokhtar Dahari dah time depa main sukan sea bolasepak. Akhirnya Malysia dapat menumpakn pasukan Myanmar dengan 3 - 1. Goal Thanabalan tu memg superb. Aku tengok Thanabalan nie dia seorang pemain yang rajin sangat kejar bola. Mathew Davis??? Dia sebagai perancang utama .


Dan perlawanan terakhir bagi kumpulan A untuk mengesahkan pasukan Malaysia juara Kumpulan A yang akan menentang Naib Juara Kumpulan B iaitu Indonesia. Alhamdulilah Malaysia menang dengan pasukan Laos dengan jaringan 3-1  gol hasil jaringan Jafri Firdaus Chew (2 Gol) dan Adib Zainudin (capt).. Tahniah Malaysia !! #BangkitBersama

Now Pasukan Malaysia akan betemu dengan Pasukan Indonesia pada 26 Ogos 2017 sama2 lah kita doakan semoga pasukan kita berjaya Amin #KitaJuara  #RisingTogether



Share:

0 ulasan