KITCHEN STORIES : Biskut Jejari Oat Susu

holla uolls arini sis nak bagitau kat hangpa faberet kuih raya yang sis suka mkn tapi slalu beli je la kat pasar malam, kedai tepi-tepi jalan yang lelong kuih raya. And now sis ingat esok sis nak try buat kuih "Biskut Jejari Oat Susu" ada yang panggil "Biskut Coklat Susu', Biskut Susu dsd. Biskut nie slalu my mummy beli confirm da habis tau... tak sampai 30 minutes bcoz yelah biskut sedap kan budak2 pon makan tambah lagi orang tua-tua. Ok lah sis nak bagitau bahan - bahan untuk buat biskut nie . Harap boleh bantu yang lain yang mana yang nak buat untuk Raya Haji / Raya Aidiladha ini kan. Jimat duit sikit.



Bahan A


  • 225 gm butter (sis suka guna magerin cap pelangi)
  • 125 gm gula kastor 
  • 1 biji telur kuning
  • 1 sudu esen vanilla


Bahan B


  • 20 gm tepung kastard
  • 250 gm tepung gandum
  • 75 gm tepung gandum
  • 100 gm Quaker Oat/ Bland jer Nestum
  • 2 sudu besar serbuk koko
BAHAN C: Bahan-bahan untuk digaul/tabur(100 gm susu tepung + 20 gm icing gula)

Cara-caranya :
  1. Putar gula dan butter hingga sebati.
  2. Masukkan kesemua jenis tepung (selepas diayak), serbuk koko dan oat.
  3. Masukkan kuning telur,esen vanilla, ke dalam adunan tadi.
  4. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit.
  5. Selepas itu bentukkan adunan tadi menjadi bentuk jejari dan bakar selama 20 minit.
  6. Akhir sekali boleh la gaul bahan-bahan C dengan biskut yang telah dibakar.
Ok uolls senang kan nak buat??? Insyallah semoga uolls semua dapat buat biskut nie dengan ilmu yang sis sharekan. 



Share:

0 ulasan