REVIEW NOVEL : ANUGERAH TERINDAH
Ini second novel dalam koleksi aku keluaran Intens. Seriously novel2 keluaran intens memang tak mengecewakan selama aku beli ini. Patutlah agak mahal sikit tapi aku tak kisah kalau cerita best, mahal pun orang sanggup belikan? nak tunggu pesta buku? Jawabnya aku kena tunggu setahun sekali la. hihi..ok2 balik pada cerita yang asal ok!
SINOPSIS BELAKANG NOVEL
Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…
-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana
PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.
…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.
Sekian.
I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.
“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.
DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…
MY REVIEW
Aku suka watak Doktor Ariana. angpa suka x? kadang2 aku baca terasa nak jadi macam dia. Kalau suka kat seseorang terus habaq siap nk pi meminang lagi. Dasyat noh? Permulaan cerita Doktor Arianna ni dia suka kat Ustaz Mukhriz a.k.a (Kapten Mukhriz). Kapt nieh dia jenis yang serius dan jenis yang tak reti nak bercinta.Bila dah Ariana jatuh cinta kat dia dengan tahap gaban skali dia apa lagi. Dia bagi syarat kat Arianna suruh pi pinang dia. (Ada ka pompuan pinang laki?). Tapi Kapt. melawak ja ngan Arina nie. Sebenarnya dia pun minat juga kat Arina cuma tak tunjuk ja.Lepastu Depa kahwin
Sepanjang depa kahwin pada permulaannya memang sweet miut la bak ang. tapi bak kata orang tua2 mana ada rumah tangga yang tak bergoyang kan? Ada satu rahsia yang Kapt. sembunyikan daripada Ariana sepanjang dia ulang alik dari Penjara. Ada seorang banduan yang bernama Siti Awina yang ditolongnya. Lepas tu Awina ni nak balas kebaikan dengan tawar nk jadi bini Kapt. lah. Pastu Kapt balik bagitau kat bini dia yang dia telah dilamar oleh Awina."Kalau angpa la jadi macam Arina mesti angpa marah kat laki angpa kan?" macam tulah yang terjadi kat Arinna dan Kapt. sehingga menyebabkan depa kehilangan anak yang telah dikandung oleh Ariana.
Selepas tu hubungan depa baik dan beransur pulih. Kapt pulak mengalami kemalangan dan kerosakkan buah pinggang. So Ariana terpaksalah cari siapa yang sanggup derma buah pinggang kat suami dia. Hangpa rasa sapa yang sesuai??????? ofcozlah Awina kan? ini hanya kebetulan. Tapi Awina letakkan syarat untuk dia derma buah pinggangnya iaitu dia nak Kapt. Arina pun terpaksa beralah dan menerima cadangan Awina tu.
Oklah aku pun dah letih taip punya memanjang hihihi....nak tau lebih lanjut ang pa tunggu drama dia noh
Amacam hero dengan heroin dalam novel ini????
2 ulasan
Awak..boleh x sy nk mntak awak snap kan a few pages dlm novel tu..sbb sy ade beli novel tu..bulan lepas..and part last novel tu blank..so sy jdi curious gila..geram jugak la sbb novel tu byk blank pages..please....😢
BalasPadamAwak..boleh x sy nk mntak awak snap kan a few pages dlm novel tu..sbb sy ade beli novel tu..bulan lepas..and part last novel tu blank..so sy jdi curious gila..geram jugak la sbb novel tu byk blank pages..please....😢
BalasPadam