MOVIE STORIES : DIVERGENT INSURGENT ALLEGIANT



Bulan 3 nie memang banyak movie yang gempak2 yang akan aku tengok kat panggung wayang. Nak tau x sebab apa la nie aku suka pi tengok wayang???? Dengan adanya "AMAN CENTRE" la cewah ..haha promote sikit..Now aku nak habaq mai, movie yang tengah hot sekarang nie kat wayang.

Sapa pi tengok dah Allegiant?? (aku x pi tengok lagi)last aku pi tengok Insurgent. Cerita dia mengenai masyarakat Chicago yang terbahagi kepada 5 puak berdasarkan sifat kecenderungan manusia. Sebab apa depa buat lagu tu??? sebab nak menjaga perdamaian. 5 Sifat berdasarkan puak itu adalah :

Abnegation - Selfless, Menjadi anggota pemerintahan.
Amity -  Kind, Menjadi Petani dan sebagainya.
Candor - Honest, Menjadi Hakim.
Erudite - Intelligent,menjadi ilmuan.
Dauntless - Brave, Menjadi Tentera, Menjaga keamanan masyarakat.

Dalam 5 Puak diatas ada 1 yang dianggap berbahaya iaitu "Divergent" kerana mempunyai sifat2 yang tidak boleh dikawal dan hanya orang tertentu sahaja memiliki sifat Divergent ini.



Oklah sikit cerita pasal Divergent. Insurgent plak tentang ada sebuah kotak yang dijumpai di rumah kelurga Beatrice Prior dan telah disimpan oleh maknya sendiri. Nak buka kotak tu punyalah payah. Hanya memerlukan oarang yang bersifat Divergent yang kuat sahaja. Tentulah heroin ya dak?akhirnya kotak tu boleh buka dan di dalam kotak tu ada bukti yang Divergent sebenarnya tidak membawa bahaya ataupun kemudaratan kepada puak yang lain.

Allegiant??? aku x pi tengok lagi tapi dari segi aku baca la kan

Bahagian pertama dalam filem terakhir siri "Divergent" ini mengisahkan Tris yang cuba untuk berdepan dengan penemuan kebenaran di sebalik sistem berkumpulan. Tris bersama Four mesti melarikan diri dalam usaha mencari jalan penyelesaian aman untuk bandar mereka yang bermasalah. Kedua-dua mereka meninggalkan bandar untuk kali pertama dan perlu membuat keputusan siapa mereka perlu percaya sebagaimana perang sudah bermula dengan lebih banyak kebenaran yang mengejutkan di sebalik tembok di sekeliling Chicago.

So Apa Tunggu Lagi?? Moh la Kita pi tengok wayang kot gamak x mau pi tengok wayang tunggu la sebulan 2 lagi mana tau kot boleh dowloads ka...ye dak???

Share:

0 ulasan