CUTI-CUTI STORIES : 5 Pantai Tercantik Di Malaysia
Terdapat banyak pantai-pantai yang menarik untuk hangpa semua pi melancong, bercuti-cuti, untuk mereleasekan tension, stress tentang kerja. Yang mana yang inginkan menghirup udara segar, pantai di bawah ini wajib dilawati.
1. Pantai Tanjung Rhu (Langkawi, Kedah)
Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, pantai ini tidak mempunyai ramai pengunjung seperti Pantai Cenang. Jadi sesuailah bagi hangpa yang nak cari ketenangan. Air di kawasan ini jernih seperti kristal, pasirnya pun halus dan lembut menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.
Pemandangan dari Pantai Tanjung Rhu
2. Pantai Pulau Mabul (Sabah)
Pantai ini akan buat anda berada ala-ala di Maldives. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan dan anda akan berasa tenang dan damai sebaik sahaja melangkah kesini. Pulau Mabul pula terletak 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot.
3. Pantai Pulau Bohey Dulang (Sabah)
Pulau ini dikenali sebagai Pulau BoheyDulong atau BohiDulong. Jarak perjalanan dari Semporna lebih kurang 30 minit dengan menaiki bot yang disediakan. Pulau Bohey Dulang adalah salah satu pulau yang terdapat dalam lapan pulau Tun Sakaran Marine Park.
4. Pantai Perhentian Kecil (Terengganu)
Pantai ini tersenarai dalam 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN. Disebabkan itu, anda wajib berkunjung ke pantai ini untuk menikmati "long beach" mereka dimana keadaan di sana amat meriah pada waktu malam.
5. Pantai Juara (Pahang)
Pantai ini terletak di Pulau Tioman negeri Pahang. Merupakan salah satu lokasi yang wajib anda kunjungi jika ingin lari daripada kesibukkan kota dan mendapat ketenangan. Bukan sahaja suasananya yang sepi dan tenang, malah pelbagai kemudahan turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, kemudahan internet dan pakej percutian yang harga berbaloi.
Itu saja yang bole sis story mory kat hangpa semua naa....
0 ulasan